Latar belakang sekolah:-
KAFA Integrasi RTB Bukit Changgang diasaskan dan dibina atas kemufakatan dan usahasama penduduk Kampung RTB Bukit Channgang sekitar tahun 1990. Ia mula beroperasi pada tahun 1991 dengan jumlah anak murid seramai 10 orang. Tapak sekolah ini berada di dalam Tanah Masjid Kampung RTB Bukit Changgang. Asalnya hanya ada satu Blok Bangunan yang mempunyai lima (5) buah kelas sahaja. Pada tahun 2011 , pihak Pengurusan Masjid telah mewartakan sebahagian Tanah Masjid sebagai kawasan khas sekolah. Jumlah anak murid semakin bertambah selari dengan penambahan jumlah penduduk dari semasa ke semasa. Pada sekitar tahun 2000 jumlah anak murid meningkat seramai 135 orang. Peningkatan anak murid semakin drastik sehingga mencecah seramai 627 pada tahun 2011, faktor ini disebabkan oleh kewujudan banyak taman perumahan baru yang berhampiran dengan Kampung RTB Bukit Changgang. Sehingga pada tahun ini 2023, jumlah anak murid telah melebihi 1060 orang bersama tenaga pengajar seramai 30 orang. Sepanjang tempoh sekolah ini beroperasi, beberapa pencapaian telah diperoplehi di antaranya ialah Pencapaian Sekolah Cemerlang UPKK bagi Daerah Kuala Langat. Melahirkan ramai Pelajar MUMTAZ bagi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan mendapat 8A bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Di dalam bidang Ko-Kurikulum pula Sekolah KAFA Integrasi RTB Bukit Changgang tidak pernah gagal menempatkan Wakil sekolah mewakili Daerah Kuala Langat untuk Pertandingan Peringkat Negeri. Selain dari kehebatan anak-anak murid, para pendidik yang berkhidmat di sekolah ini juga terdiri dari tenaga pengajar yang mempunyai pencapaian yang baik dari segi Pendidikan Akademik mahupun Sahsiah Diri.