SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 KE KAFA INTEGRASI RTB BUKIT CHANGGANG BAGI TAHUN 2026 TELAH DI BUKA
Sila semak status dokumen anak anda. Jika belum LENGKAP, sila hantar ke pejabat dokumen tersebut sebelum 30 September 2025.
Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap ke pejabat dikira telah menolak tawaran masuk ke Kafa Integrasi RTB Bukit Changgang.
Dokumen yang perlu dihantar dengan lengkap :
:: 1 salinan surat beranak murid, 1 salinan borang permohonan ke Sekolah Kebangsaan, 1 salinan IC ibu dan bapa.Pada status dokumen yang telah LENGKAP, anda TIDAK PERLU menghantar apa apa dokumen lagi ke pejabat.
Hanya 225 orang sahaja telah diterima masuk setakat ini.
Bagi pendaftaran murid cicir yang belum berjaya masuk, pihak sekolah sedang menunggu kelulusan dari PAID untuk menambah 1 kelas yang baru. Sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa.